Hasilkan pautan WhatsApp dan kod QR anda sendiri

Pautan WhatsApp ialah URL yang digunakan oleh orang ramai untuk memulakan perbualan WhatsApp tanpa menyimpan sebarang nombor. Menjana pautan domain wa.link anda secara percuma untuk memudahkan langkah-langkah untuk memulakan perbualan dengan pelanggan anda. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk membolehkan pelanggan anda menghubungi anda dengan mudah dan cepat melalui WhatsApp. Anda boleh menghantar kod QR atau pautan WhatsApp pendek kepada mereka secara percuma. Ini adalah kaedah terbaik untuk mengetahui faedah luar biasa menggunakan pemasaran WhatsApp untuk perniagaan. Sekiranya anda berminat dengan ciri tambahan yang boleh anda miliki dengan SleekFlow, tempah demo dengan kami sekarang!

Soalan Lazim

Pautan WhatsApp, biasanya dirujuk sebagai "pautan WhatsApp click-to-chat" atau "pautan untuk WhatsApp perbualan", ialah URL yang apabila diklik, akan terus membuka perbualan WhatsApp dengan nombor tertentu, sama ada pada aplikasi di peranti mudah alih atau WhatsApp Web pada desktop.

Apabila pautan WhatsApp diklik, ia menggunakan skema URL dan mekanisme niat untuk membuka aplikasi WhatsApp secara langsung, sama ada pada peranti mudah alih atau pada desktop. Pautan tersebut akan berfungsi dengan melakukan tindakan khusus atau memulakan perbualan WhatsAPp dengan nombor telefon yang diberikan.

Pautan WhatsApp yang direka untuk memulakan sesi perbualan dengan nombor telefon tertentu, biasanya kelihatan seperti ini: https://wa.me/[NOMBOR], di mana [NOMBOR] ialah nombor telefon penuh dalam format antarabangsa tanpa sebarang sifar tambahan, tanda tambah, atau tanda kurung. Sekiranya terdapat "pre-filled" mesej yang akan muncul secara automatik pada ruangan teks semasa diklik, "parameter" [TEXT] akan dimasukkan selepas nombor telefon dalam pautan tersebut. Formatnya kelihatan seperti berikut: https://wa.me/[NOMBOR]?text=[TEXT].

Setelah anda mencipta pautan WhatsApp menggunakan Penjana Pautan SleekFlow, anda boleh berkongsi pautan tersebut dengan cara berikut: Pada laman web: Sekiranya anda memiliki laman web, anda boleh menambah pautan WhatsApp ke laman web anda sebagai butang atau meletakkan pautan pada ayat yang menarik. Apabila pengunjung mengkliknya, mereka boleh terus memulakan perbualan WhatsApp dengan anda. Halaman media sosial: Anda boleh meletakkan pautan WhatsApp ini pada profil, catatan (post) atau cerita (story) media sosial anda. Ini membolehkan pengikut media sosial anda menghubungi anda secara langsung dan mudah melalui WhatsApp. E-mel atau sistem perkhidmatan pemesejan: Tambahkan pautan ini ke tandatangan emel anda, buletin, atau hantarkannya secara langsung melalui mana-mana platform mesej. Kod QR: Anda boleh menukarkan pautan ini kepada kod QR dengan mudah menggunakan SleekFlow. Apabila seseorang mengimbas kod QR dengan telefon mereka, mereka akan dihantar terus ke pautan dan boleh memulakan perbualan WhatsApp dengan anda. Penggunaan kod QR ini sangat berguna untuk poster fizikal, kad perniagaan, dan paparan di kedai.

Apabila pengguna mengklik pautan wa.me (pautan WhatsApp), beberapa perkara berlaku secara berurutan. Pautan wa.me pada dasarnya adalah pintasan, dan apabila diklik, ia mengalihkan pengguna ke alamat web WhatsApp asal yang lebih panjang dengan nombor yang ditentukan. Pelayar web mengesan keupayaan peranti dan memeriksa sama ada aplikasi WhatsApp untuk peranti mudah alih atau desktop dipasang. Jika aplikasi dipasang, pelayar akan meminta pengguna untuk membuka aplikasi WhatsApp. Setelah platform yang sesuai (aplikasi mudah alih WhatsApp atau WhatsApp Web/Desktop) dibuka, perbualan baru akan dimulakan dengan nombor telefon yang ditentukan dalam pautan. Jika mesej pra-diisi telah disertakan dalam pautan menggunakan parameter [TEXT], mesej tersebut akan muncul bersedia untuk dihantar pada ruangan teks.

Penghasilan pautan WhatsApp adalah percuma. Anda boleh melakukannya secara percuma menggunakan Penjana Pautan WhatsApp dari SleekFlow. Namun, sila ambil perhatian bahawa wujud kemungkinan kos yang lain berkaitan dengan penghantaran mesej (WhatsApp Business API), automasi integrasi, atau penghantaran mesej promosi dan pengiklanan.

Beberapa alat dan strategi tambahan diperlukan untuk menjejaki prospek atau penukaran (conversion) daripada pautan WhatsApp kerana WhatsApp tidak menawarkan analitik untuk pautan WhatsApp-nya. UTM adalah salah satu pilihan, tetapi jika anda berminat untuk mengetahui kaedah yang lebih canggih, terutamanya apabila menggunakan perkhidmatan WhatsApp Business API, sila hubungi SleekFlow.

Pautan Wa.me boleh digunakan di seluruh dunia dan di semua benua. Terdapat beberapa negara atau kawasan yang sementara atau secara kekal menghadkan atau melarang penggunaan WhatsApp atas pelbagai sebab, seperti penapisan kerajaan, kebimbangan keselamatan, atau isu-isu peraturan yang lain.

Ya, anda boleh memasukkan pautan WhatsApp dalam gambar. Apabila pengguna mengklik gambar tersebut, mereka akan diarahkan ke pautan WhatsApp tertentu. Anda boleh meletakkan pautan WhatsApp ini pada laman web anda, di platform media sosial, dan dalam e-mel. Selain itu, anda juga boleh mempamerkan kod QR sebagai cara alternatif untuk menggalakkan pengguna berhubung dengan anda melalui WhatsApp.

Anda boleh menjana pautan WhatsApp dengan mudah daripada halaman rasmi untuk alat percuma : https://sleekflow.io/whatsapp-link-generator.

Kod QR WhatsApp merupakan sejenis kod QR (Quick Response) yang, apabila diimbas menggunakan telefon pintar atau pembaca kod QR, pengguna akan diarahkan ke WhatsApp untuk memulakan perbualan dengan nombor yang ditetapkan. Kaedah ini amat berguna untuk perniagaan yang ingin menyediakan cara kepada pelanggannya untuk menghubungi dengan cepat dan mudah tanpa perlu mereka memasukkan nombor telefon secara manual.

Profil Bio: 1- Buka aplikasi Instagram atau log masuk melalui pelayar web. 2- Pergi ke halaman profil anda. 3- Ketik "Edit Profile". 4- Tampal pautan WhatsApp anda pada ruangan "Laman Web" 5- Ketik "Selesai" atau "Hantar". 6- Sekarang, apabila seseorang melawat profil Instagram anda dan mengklik pautan dalam bio anda, mereka akan diarah ke perbualan WhatsApp dengan anda. Cerita Instagram: 1- Cipta cerita baru dengan manangkap atau memuat naik kandungan. 2- Pilih stiker dari bar navigasi atas.Pilih alat stiker dari bar navigasi atas. 3- Ketik stiker "Pautan" untuk tambahkan pautan WhatsApp anda dan ketik "Siap". 4- Letakkan stiker pada kandungan cerita anda dan ketik pada stiker untuk memilih warna stiker tersebut. Gunakan "Perkhidmatan Pautan di Bio": Jika anda ingin berkongsi banyak pautan pada profil Instagram anda (kerana Instagram hanya mempamerkan satu pautan laman web), pertimbangkan untuk menggunakan perkhidmatan seperti Linktree, lnk.bio, atau yang lain. Perkhidmatan-perkhidmatan ini membenarkan anda mencipta satu pautan yang membawa kepada halaman khusus dengan beberapa butang/pautan. Anda boleh masukkan pautan WhatsApp anda di antara butang-butang tersebut.

Log masuk ke Profil Perniagaan Google anda (sebelum ini dikenali sebagai Google My Business) dan pilih lokasi yang anda ingin sunting. Kemudian: 1- Ketik pada bahagian/tab "Maklumat" di bar sisi kiri dalam papan pemuka. 2- Gulir ke bawah dan cari bahagian yang membenarkan anda menambah laman web atau URL tambahan. 3- Bergantung kepada perubahan dan pembaharuan kepada GMB, anda mungkin akan mendapati pilihan khas untuk pautan "WhatsApp", atau anda mungkin perlu menggunakan pautan "Temujanji" yang lebih umum atau kategori pautan lain. Masukkan Pautan WhatsApp: 1- Tampal pautan WhatsApp anda yang dihasilkan sebelum ini (https://wa.me/Nombor) ke dalam medan yang sesuai. 2- Klik "Terap" atau "Simpan" untuk mengesahkan perubahan. Ulasan: 1- Selepas menambahkan pautan, anda digalakkan untuk menyemak Profil Perniagaan Google anda untuk memastikan semua yang dipaparkan dengan betul dan pautan berfungsi seperti yang dijangkakan.

Untuk mengurus prospek secara cekap, anda memerlukan penyelesaian automasi untuk WhatsApp. Dengan Pembina Aliran dari SleekFlow, anda boleh mencipta mesej sebelumnya untuk membalas prospek baharu yang datang dari pautan WhatsApp. Kemudian, menetapkan satu automasi yang dipicu oleh perkataan kunci tertentu dalam mesej tersebut. Apabila prospek telah disahkan melalui aliran automasi, mereka boleh dikelompokkan dengan tepat mengikut kumpulan yang sesuai untuk penargetan semula yang berkesan, dan perbualan boleh diedarkan kepada individu yang sesuai mengikut keutamaan.

Ya, pautan WhatsApp tersedia untuk pengguna WhatsApp biasa dan pengguna Aplikasi WhatsApp Business. Malah, Aplikasi WhatsApp Business menawarkan beberapa fungsi tambahan yang disesuaikan untuk perniagaan, menjadikannya lebih berguna untuk berbualan langsung untuk prospek atau pelanggan.

Ya, anda boleh menghasilkan pautan WhatsApp pada Aplikasi WhatsApp Business. Pergi ke Tetapan > Alat Perniagaan > Pautan pendek.

Ya. Anda boleh menyediakan WhatsApp sebagai butang CTA pada Halaman Facebook atau profil Perniagaan Instagram anda. Anda juga boleh menggunakan iklan klik ke WhatsApp untuk titik masuk perbualan secara percuma.

Ya. Pada Aplikasi WhatsApp Business percuma, anda boleh menggunakan senarai broadcast untuk menghantar mesej kepada pelanggan yang telah menyimpan nombor anda. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan WhatsApp Business API untuk menghantar mesej kepada mana-mana pelanggan. Walau bagaimanapun, anda perlu menggunakan Mesej Templat yang diluluskan oleh WhatsApp sebelum menghantar mesej.

Ya. Anda juga boleh menjana pautan "click to chat" untuk aplikasi pemesejan lain yang kerap digunakan, seperti Facebook Messenger, Telegram, LINE dan lain-lain.

Majukan perniagaan anda dengan SleekFlow

Mulakan secara percuma dan tingkatkan hubungan pelanggan anda.